4 Seterusnya masukkan bawang merah dan cili padi merah. 5. Masukkan cuka, air, serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa. Rasa terlebih dahulu supaya dapat rasa yang anda mahukan. 6. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng, hirisan timun dan juga tomato. Biarkan ianya masak dan mereneh seketika. Padamkan api.
3/16/2016 Assalamualaikum semua. Semasa buka blog ni tadi, ada nampak iklan yang menari nari dalam ni tak? Hihihi baru install mobile ads dalam blog Azie Kitchen, barulah tinggi sikit statistik dalam Nuffnang. Saya tak pernah charge pun pada sesiapa yang nak ambil resepi, dan rasanya tidak mungkin berlaku. Tetapi jika ramai ramai klik iklan yang dipaparkan, duit massyyuuk pun lebih dan dapatlah disumbangkan lebih juga. Jom sama sama berikan sokongan kepada blog Azie Kitchen. Entah kenapa kebelakangan kemaruk ikan merah. Terutama sejak makan ikan merah yang dimasak asam pedas di Melaka. Sebelumnya saya selalu membeli ikan jenahak. Jarang jarang sekali membeli ikan merah. Rasa sedap pulak isi ikan merah yang kembut. Hari ini beli lagi sekor ikan merah dan dipotong menjadi 5-6 keping. Sangat sedap lauk ini tapi rasanya ia dah terkurang bahan diguna berbanding dengan ikan. Sebenarnya sejak kecil, kami hanya makan ikan yang direbus terlebih dahulu sebelum dimasak lemak atau pun ikan yang dilumur garam kunyit dan perap seketika sebelum digoreng. Jadi rasa ikan yang segar manis tidak lah suatu kebiasaan. Walaupun saya cuba menikmati keenakan rasa isi ikan segar tapi tekak saya lebih berselera dengan masakan menggunakan ikan yang digoreng terlebih dahulu. Saya sangat simple, ikan yang dilumur garam kunyit dan digoreng garing pun sudah memadai untuk memikat selera saya. Jom layan resepi yang sangat mudah dan sedap ini. Jom sediakan untuk keluarga anda hari ini juga... Oleh Azie Kitchen Bahan-bahan 5 keping ikan merah - lumur garam kunyit dan goreng 1 batang serai - dititik Air secukupnya Garam dan gula secukup rasa. 1 biji bawang besar - dihiris Bahan tumbuk 10 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 1/2 inci halia 15 biji cili padi Cara caraIkan dilumur garam kunyit dan digoreng. Angkat dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumis serai dan bahan tumbuk sehingga masak. Masukkan sedikit air. Masukkan asam keping, gula dan garam. Masukkan ikan dan bawang besar. Kacau seketika. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.
IKANMERAH 3 RASA. Bahannya: 1 ekor ikan merah yang telah dibersihkan. sedikit serbuk kunyit. sedikit garam ** lumurkan ikan dgn bahan tersebut, goreng hingga masak. 3 sb lada kisar. 1 batang serai (dihiris) 2biji bawang putih (dicincang halus) sedikit halia (dicincang halus) 6 tangkai cili padi (dihiris)
Hari-hari pikir nak masak apa? sampai kering idea. Kalau dah tak idea nak masak apa? Jom apa kata anda cuba satu resepi yang sedap dan padu ini. Iaitu resepi ikan talapia masak 3 rasa. Wah mesti menarik hidagan anda hari ini. Satu ekor ikan talapia besar boleh makan sampai 4 hingga 5 orang tau. Seperti namanya, masak 3 rasa ini mempunyai rasa yang unik. Makanan ini memilik rasa pedas, manis dan masam. Asyik makan talapia bakar, talapia goreng kunyit dan talapia kari je. Jadi, sekali sekala anda boleh tukar resepi masak 3 rasa pulak. Pasti bertambah selera keluarga anda. Ditambah lagi, kalau makan ikan tiga rasa di restoren harganya untuk satu ikan besar tidak kurang dari Rm 30-40. Belum lagi tambah menu sampingan. Tapi kalau masak sendiri dirumah lagi jimat dan boleh makan dengan sepuas selera. Yang semesti sangat sedap dan lazat. Cara penyedian juga simple dan bahan yang digunakan tidak lah renyah. Masak menu ni kejap je siap. Tapi rasa dia sedap dn secukup rasa. Ikan talapia tu digoreng garing. Dan bila dicurahkan kuah 3 rasa yang terlajak sedap tu, memang puas hati. Anda wajib cuba tau! Resepi ikan tilapia ini dikongsikan oleh Cik Puan Hazirah Iera. Sebetulnya untuk membuat ikan tiga rasa anda boleh menggunakan ikan jenis apapun, tak kisah. Namun dalam resepi ini menggunakan ikan talapia sebagai bahan utama. Isi yang banyak dan enak sesuai disajikan untuk anak-anak. RESEPI IKAN TALAPIA MASAK 3 RASA Kalau dah nama masakan 3 rasa, jadi kenalah ada nenas. Kalau masak sendiri nak letak lebih cikit pun boleh. Baru lah umpph rasa dia. Tanpa membuang masa apa kata kita lihat bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana penyediaan resepi ikan tilapia 3 rasa ini. Jom masak. Bahan-bahan yang perlukan Ikan talapia disiang 1 labu bawang merah dipotong dadu 3 ulas bawang putih dicincang halus 4-5 tangkai cili padi dihiris halus 1/2 btg lobak merah dipotong dadu 2 tangkai lada hijau dipotong dadu 1/2 biji tomato dipotong dadu 5 keping nanas dipotong dadu nak guna nanas dlm tin bole juga 1 cawan air 3 sb sos cili 2 sb sos tiram 3 sb sos tomato Gula Garam CARA PENYEDIAAN IKAN TALAPIA MASAK 3 RASA ▶️ Lumurkan dengan kunyit. Kemudian di goreng sehingga garing. ▶️ Tumis bawang merah, bawang putih dan cili. Tumis sampai naik bau. ▶️ Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata. ▶️ Masukkan secawan air. Supaya ianya sedikit berkuah. ▶️ Apabila kuah sedikit mendidih. Masukkan carrot dan nenas kedalam sos tersebut. ▶️ Kacau rata bagi sedikit layu. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. ▶️ Dah siap! BACA JUGA Resepi Roti Sangkaya Yang Super Gebu Dan Sedap. Kaya Dengan Rasa Lemak Manis, Anda Wajib Try! Tada dah siap! Tengok je hidangan nya, dan rasa kat tekak dah menu ni. Boleh tengok kuah dan ikan tu pasti lazat. Kalau dilihat-lihat balik resepi ikan tilapia 3 rasa, selalunya orang ada masukkan serai, tomato daun ketumbar dan sebagainya. Kalau anda suka. Anda boleh je nak masukkan. Resepi yang simple boleh dijadikan hidagan untuk makan tenghari dan makan malam. Kalau ada lauk ni dah tak pandang lauk lain dah. Anak-anak pun pasti berselera je makan. Kena dengan tekak melayu yang rasa masam, manis dan pedas. Dipendekan kata secukup rasa. Yang mane yang baru nak mencuba resepi ini boleh je follow resepi diatas. Semoga dengan perkongsian resepi ikan talapia tiga rasa ini dapat memberi anda manfaat dan boleh share resepi ini pada kawan-kawan supaya sama-sama manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.
. 7fweev3nvi.pages.dev/2777fweev3nvi.pages.dev/4787fweev3nvi.pages.dev/4087fweev3nvi.pages.dev/1097fweev3nvi.pages.dev/1157fweev3nvi.pages.dev/3727fweev3nvi.pages.dev/687fweev3nvi.pages.dev/293
masak ikan merah 3 rasa